MASIGNASUKAv102
6998101287389560820

Ibadah Shaum (Puasa) Bulan Ramadhan; Syarat, Rukun, Perkara-perkara, Makruh, Wajib Qadha' Shaum, Fidyah dan Kifarat

Ibadah Shaum (Puasa) Bulan Ramadhan; Syarat, Rukun, Perkara-perkara, Makruh, Wajib Qadha' Shaum, Fidyah dan Kifarat
Add Comments
4/02/2022

  

Ibadah Shaum (Puasa) Bulan Ramadhan; Syarat, Rukun, Perkara-perkara, Makruh, Wajib Qadha' Shaum, Fidyah dan Kifarat
Ibadah Shaum (Puasa) Bulan Ramadhan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

(Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh)

Puji Syukur kehadirat Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang telah memberikan Rahmat, Karunia, Taufik dan Hidayah-nya kepada kita semua sehingga kita masih dapat hidup di Dunia ini, serta semoga kita semua selalu mendapat Inayah dan Lindungan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ “Aamiin ya Rabbal'alamin” ...

 

Shalawat, Salam serta Taslim kepada sang Revolusioner Dunia, Junjungan Alam Nabi Besar Sayyidina Maulana Muhammad Shallawlahu ‘Alaihi Wasallam yang telah membimbing kita dari zaman Kegelapan dan Kebodohan menuju zaman Terang Benerang, sangat jelas perbedaan antara Hak dan Bathil serta penuh dengan Ilmu Pengetahuan seperti saat ini.

 

Pada Artikel ini kami akan menjelaskan mengenai Ibadah Shaum (Puasa) Bulan Ramadhan; Syarat, Rukun, Perkara-perkara, Makruh, Wajib Qadha' Shaum, Fidyah dan Kifarat. Sebelum masuk ke Materi marilah kita membaca Ta‘awuz : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ “A’udzu billahi minasy syaithonir rojiim” dan Basmalah : بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم “Bismillahirraahmanirrahiim” Agar Bacaan yang dibaca menjadi Berkah dan Bermanfaat. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ “Aamiin ya Rabbal'alamin” ...

 

 

1.        Syarat Wajib Shaum (Puasa):

2.        Islam;

3.        Baligh;

4.        Berakal;

5.        Sehat;

6.        Bermukim (Tidak Musafir/Yang Bepergian);

7.        Suci (Dari Haid Dan Nifas).

 

 

Syarat Sah Shaum (Puasa):

1.        Islam;

2.        Berakal & Mumayyiz;

3.        Suci (Dari Haid Dan Nifas);

4.        Nyata masuknya bulan Ramadhan.

 

 

Rukun Shaum (Puasa):

1.        Orang yang berShaum (Puasa);

2.        Berniat saat malam hari (Mulai masuk waktu maghrib sampai habis waktu 'isya');

3.        Menahan diri daripada perkara yang membatalkan Shaum (Puasa).

 

 

Perkara Yang Membatalkan Shaum (Puasa):

1.        Makan Dan Minum Dengan Sengaja;

2.        Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka yang terus ke perut;

3.        Muntah Dengan Sengaja;

4.        Keluar Haid & Nifas;

5.        Gila;

6.        Murtad;

7.        Keluar Mani Dengan Sengaja;

8.        Bersetubuh Pada Siang Hari.

 

 

Perkara Sunat Ketika Shaum (Puasa):

1.        Segera Berbuka Shaum (Puasa);

2.        Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis;

3.        Baca Doa;

4.        Melambatkan Bersahur;

5.        Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Bershalawat Dan Membuat Amal Kebajikan;

6.        Sentiasa Bersedekah;

7.        Jauhkan Diri Daripada Berkata Perkara Yang Sia-Sia dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat;

8.        Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh.

 

 

Makruh Ketika Shaum (Puasa):

1.        Bersuntik;

2.        Berbekam;

3.        Berkumur-Kumur;

4.        Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan;

5.        Mandi Yang Berlebihan;

6.        Rasa Makanan Di Hujung Lidah.

 

 

Golongan Yang Wajib Qadha' Shaum (Puasa):

1.        Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh;

2.        Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat);

3.        Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas;

4.        Orang Yang Meninggalkan Niat Shaum (Puasa);

5.        Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Shaum (Puasa);

6.        Orang Yang Pitam/Mabuk;

7.        Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga.

 

 

Mereka Yang Dikenakan Membayar Fidyah (tebusan) Shaum (Puasa):

1.        Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Shaum (Puasa) Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Ditinggalkan Disamping Mengqadha' Shaum (Puasa)) Bagi Setahun Tertinggal..

2.        Kalau Tidak Diqadha' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Dikenakan 2 kali fidyah Tetapi Shaum (Puasa) Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan);

3.        Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh;

4.        Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk BerShaum (Puasa);

5.        Orang Yang Ada Qada' Shaum (Puasa) Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya);

6.        Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Shaum (Puasa) Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Shaum (Puasa) Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Shaum (Puasa)nya.

 

 

Kifarat Bersetubuh Pada Bulan Ramadhan:

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Shaum (Puasa) Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :

1.        Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P

2.        (Sekiranya Tidak Mampu);

3.        BerShaum (Puasa) 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya);

4.        Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin Walau Bagaimana Pun Jika Persetubuhan Itu Dilakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Dipaksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

 

 

Tingkatan Shaum (Puasa):

1.        Shaum (Puasa) Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak;

2.        Shaum (Puasa) Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas;

3.        Shaum (Puasa) Khusus Al-Khusus - Merangkumi Shaum (Puasa) Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Shaum (Puasa) Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin.

 

 

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Shaum (Puasa):

1.        Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila BerShaum (Puasa) Akan Menambahkan Keudzuran;

2.        Orang Musafir;

3.        Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah;

4.        Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga;

5.        Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila BerShaum (Puasa) Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu;

 

 

Demikian Artikel mengenai Ibadah Shaum (Puasa) Bulan Ramadhan; Syarat, Rukun, Perkara-perkara, Makruh, Wajib Qadha' Shaum, Fidyah dan Kifarat, kita akhiri dengan membaca Hamdallah : الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ “Alhamdulillahirabbil ’Alamin”.